Haters will be sprayed away.pft | Home
convoluted twist: teruk

Sunday, January 29, 2012

teruk


Ini bukan cerita rekaan semata mata yg bermata mata kerana ini adalah cerita yang sebetul betulnya yang tak perlu diperbetulkan. kisah benar nas. ya nama dia nas. entah siapa nas. mungkin nas-t mungkin t-rex. mungkin kedai nas mungkin dobi nas. yang pasti bukan seperti anda fikirkan. ini hanyalah mukadimah. sila pengsan lihat typing berjela.


di suatu tengahari yg hening. jgn memain tengahari juga ada heningnya. nas sedang design web. web yang bakal dipromote untuk dijual. adik adik kecil yang cikeding dan annoying perangainya mengajak ibu bapa nas pergi ke kolam. kolam mandi di putrajaya. lalu terikatlah janji mereka untuk ke kolam pada petang itu

petang itu, ibu bapanya bertanya nas 'weh nak ikut tak?' nas diam menyengih melayan fb. otak ligat berfikir, 'nak ikut ke tak nak ikut ke tak' entah kenapa hati tidak eksaited nak ikut. selalunya diikuti sahaja mana-2 arah tujuan keluarga. lain macam detik hatinya. ibu memujuk ayah berkata 'tengok je cane kolam tu. dewasa ramai. pergi je' fb di log-out. terus memacking baju nak pergi swimming. tapi dirinya malas. langkahnya malas. ye semuanye malas. ibu menunggu di luar 'woi kau ikut ke tak ni' beg diletak ke bawah 'alah macam malas je. homework lagi. websitu tu lagi. taknak ikut lah' jawab nas namun dimaki oleh ibunya yang telah tercongok depan pintu rumah menunggu terlalu lama. antara rajin dan malas, antara hati dan perasaan eh tetiba.

ada 3 kolam. kolam infancy. kolam childhood dan akhirnya kolam adulthood. adik adik nas begitu seronok alangkah indahnya dunia kanak kanak itu bermain air. nas berlalu ke bilik persalinan. seluar legging hitam disarung. baju kartun hijau striking turut disarung. berjalan menuju ke arah ayahanda tercinta untuk meletak beg serta barang barang keperluan, dalam perjalanan, beberapa jejaka aw sangat kacak body body taf meregangkan badan masing-2 sebelum swimming. serius handsome. 'ayah teman pegi sana jom' pinta si anak oleh kerana keseorangan.

Air dalam. serius dalam. paras kerongkong nas. mula mula masuk ada bunyi. ah sudah jangan fikir lain woi. wisel life guard. oh k entah kenapa. nas terapung. alahai jejaka handsome kemain dekat. kontrol ayu bajet comel. konon konon dalam kepala dah bajet lemas pastu semua lelaki handsome berebut selamatkan dirinya. betapa dustanya apa yg bermain di fikiran. tapi mata mata manusia di dalam kolam memandang. pandang tepat ke arah nas. hati berdebar. kenapa rasa lain macam. ayah hanya bertapa di luar kolam.

weeeeeeeet weeet *kenapa bunyi wisel macamni kahkah xD* ah sudah ape ni nak cuit pun jangan ah pakai wisel. mamat sebelah yg turut berada dalam air bersuara 't-shirt takleh dik' dia memandang ayah. satu set diri sudah basah. nak keluar oh malunya. dia memandang ayahnya, muka sesimpati habis ah betapa malunya dia ketika itu. tangan dihulur keluar, ayah menyambut keluar. seisi manusia di dalam kolam memandang. jejaka kacak handsome comel turut memandang. nasib tiada yg ketawa jika tidak maka lemaslah manusia itu. merah. ye merah. apa merah? apa kalian fikirkan! k cukup. muka merah. sangat merah menyala. ah patutlah lelaki di dalam kolam semunya half-naked. ah benci. kenapa ada peraturan seperti berikut. ah patutlah perempuan seorang dua sahaja. ah tak guna. tercarutlah dia tika itu.

Ibu ketawa. ayah ketawa. ini menambahkan kestressan tahap kritikal yg begitu dalam pada dirinya. hatta dia ditugaskan kedua ibubapa untuk mengawasi adik yg begitu riang di dalam kolam. rasa hendak sedut semua air di situ biarkan semua orang balik. dia mahu pulang! ah instinct selalunya betul. tak ada faedah mengikuti outing kali ini. malu. entah berapa kali malu. saya sangat pemalu. I mean dia. percayalah.

Kedua adik yg terlalu riang main air sampaikan tertelan air. normal. sgt normal. nas baik. nas tolong adik ajar berenang. tp adik telan air. lepastu adik muntah. ye adik muntah. adik muntah atas baju nas. defak. dia malu. serius malu lagi.

sementara ayah berenang, dia duduk di tepi. dengan basah dan lembab yg sgt sejuk. dia duduk main handphone padahal cek baki bukak menu tekan contact exit akhirnya sengih konon ada fungsi handphone nya ketika itu. dia nampak. nampak jejaka tersebut. seperti bangkit dari air dikibas rambut. tak guna. kenapa kau tayang macho tetiba ni. dikuatkan iman. ditebalkan muka. melakar senyuman kontrol sweet habis. cair umpama baskin robins dibiarkan di padang pasir. masing senyum masing memandang. ah sudah, tiba lari topik.

balik rumah terus melihat cermin. eh pipinya masih merah. mungkin masih malu ditiup wisel ah malu. terbayang betapa malunya ketika itu. ditatap lama.











..
..
..
..














damn jerawat rupanya.